Tangki penyimpanan minyak di loji penapisan Petroineos Ineos di Lavera, Perancis. Foto Reuters

MELBOURNE – Harga minyak meningkat pada awal dagangan Asia pada hari Rabu selepas data industri menunjukkan penyusutan stok minyak mentah dan bahan api Amerika Syarikat (AS).

Keuntungan diperoleh selepas berita Kesatuan Eropah sedang berusaha melakukan sekatan baharu terhadap Rusia kerana melancarkan perang ke atas Ukraine dengan mensasarkan industri minyak Moscow.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.90 atau 0.9 peratus, kepada AS$105.87 setong menjelang 0001 GMT.

Manakala niaga hadapan minyak mentah WTI naik AS$1 atau 1.0 peratus kepada AS$103.41 setong.

Stok minyak mentah dan bahan api AS jatuh minggu lalu, menurut sumber pasaran yang memetik angka Institut Petroleum Amerika (API).

Stok minyak mentah jatuh sebanyak 3.5 juta tong bagi minggu berakhir 29 April, kata sumber itu.

”Laporan API telah menyebabkan kebimbangan orang ramai terhadap permintaan dan mula bimbang tentang bahagian penawaran sekali lagi,” kata Phil Flynn, Penganalisis Kumpulan Price Futures.

Data simpanan Kerajaan AS akan dikeluarkan pada hari Rabu.

Semasa sesi sebelumnya, kebimbangan permintaan berpunca daripada sekatan Covid-19 yang berpanjangan di China menyebabkan harga jatuh lebih daripada 2.0 peratus. – Reuters (https://www.reuters.com/business/energy/oil-gains-1-after-us-crude-stocks-signal-tighter-supply-2022-05-04/)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast