Kereta Axia milik seorang wanita dan emaknya yang menziarahi pusara arwah bapanya di tapak {Perkuburan Islam Rantau Panjang, Klang dipecah penjenayah semalam.Ihsan IPD Klang Utara

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang wanita untuk menziarahi pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Klang berakhir dengan keretanya dipecah dan barangan milinya dilarikan individu tidak dikenali.

Kereta Perodua Axia milik wanita itu yang diparkir berhampiran tapak perkuburan itu dipecah pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, dalam kejadian antara jam 4.30 hingga 5 petang itu, setelah selesai menziarahi pusara bapanya, wanita tersebut bersama ibunya yang kembali ke kereta mereka terkejut apabila mendapati cermin bahagian depan sebelah kiri telah dipecahkan.

“Selepas dibuat pemeriksaan, pengadu mendapati dua buah beg tangan milik sendiri dan emaknya telah hilang disyaki dicuri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keadaan kenderaan pengadu yang dipecahkan penjenayah semasa menziarahi pusara bapanya bersama emak di Klang semalam. Ihsan IPD Klang Utara

Pada minggu lalu sebuah kenderaan ahli perniagaan dipecah dan barangannya dilarikan di tanah perkuburan Islam di Klang.

Tambah beliau, antara barangan yang didapati hilang disyaki dilarikan adalah dua buah telefon bimbit jenis Vivo dan Samsung, dokumen pengenalan diri, wang tunai RM1,200, kad-kad ATM dan loket emas.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri. -MalaysiaGazette