The roommate of the victim who was shot dead in a hotel room at Jalan Bukit Bintang has been remanded while the manhunt for two other suspects is underway. PIX: Criminal Investigation Department (CID), Kuala Lumpur Police Headquarters
The roommate of the victim who was shot dead in a hotel room at Jalan Bukit Bintang has been remanded while the manhunt for two other suspects is underway. PIX: Criminal Investigation Department (CID), Kuala Lumpur Police Headquarters. Rakan sebilik direman manakala dua lagi suspek sedang diburu polis membantu siastan kes seorang lelaki tempatan mati ditembak di bilik hotel di Jalan Bukit Bintang malam tadi. Ihsan JSJ IPKKL.

KUALA LUMPUR – Polis mengenal pasti pembabitan tiga orang suspek dalam kes pembunuhan seorang lelaki tempatan yang ditemui mati dengan kesan tembakan di bilik sebuah hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang malam semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, rakan sebilik mangsa yang kini disiasat sebagai suspek pertama kes ini sudah direman pagi tadi.

Polis juga telah mengenal pasti penglibatan dua lagi suspek dalam jenayah tersebut.

“Dalam kes tembak mati di Hotel Bukit Bintang, seorang suspek yang ditahan semalam (rakan simati) dan reman bermula dari hari ini hingga 9 Mei ini bagi membantu siasatan  polis.

“Suspek yang ditahan reman itu adalah satu lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya. Foto HAFIZ SOHAIMI,07 OGOS 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tempatan ditemui mati dengan kesan tembakan

Noor Dellhan juga mengesahkan polis juga melakukan rampasan daripada suspek pertama iaitu lima buah telefon bimbit, pakaian, sepasang kasut dan beg silang miliknya.

Tambah beliau dua lagi suspek disyaki turut terlibat dalam jenayah pembunuhan itu berjaya dikenalpasti identiti mereka.

Suspek kedua dan ketiga yang dikehendaki polis juga merupakan lelaki warga tempatan masing-masing berumur 40-an dan 50-an.

“Polis kini sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan kedua-dua suspek yang masih bebas.

“Dalam pada itu lain-lain perkara termasuk motif kejadian itu masih dalam tindakan siasatan polis dan senjata pistol yang digunakan untuk menembak mangsa masih belum dijumpai.

“Kita juga masih menyiasat pekerjaan mangsa serta tujuan datang ke Kuala Lumpur,” ujarnya.

Polis meminta kerjasama mana-mana pihak atau orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Dang Wangi Di talian 03-26002222 atau mana2 balai berhampiran. –  MalaysiaGazette