The firefighters from the Semenyih Fire and Rescue Department are bringing the body of the drown victim from Pakistan to the shore of the Semenyih Dam this morning.
The firefighters from the Semenyih Fire and Rescue Department are bringing the body of the drown victim from Pakistan to the shore of the Semenyih Dam this morning. Pasukan bomba Semenyih membawa naik mangsa lemas warga pakistan di Tasik Empangan Semenyih pagi tadi selepas dilaporkan lemas ketika mandi pada Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Mayat lelaki Pakistan yang dipercayai lemas di tasik Empangan Semenyih, Kajang pada Isnin lalu ditemui pagi tadi selepas ia timbul.

Pengarah Jabatan Bomba negeri Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Kajang jam 8.55 pagi yang memaklumkan mangsa lemas telah timbul berhampiran tebing empangan kira-kira 150 meter dari tempat mangsa bermandi manda Isnin lalu.

“Mayat mangsa kemudian telah capai dan dibawa naik ke tebing tepat jam 10.25 pagi sebelum pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat lemas,” katanya.

Mangsa dikenalipasti sebagai Bahar Ali, berusia 23 tahun dan berasal daripada Pakistan.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis.- MalaysiaGazette