KUALA LUMPUR – Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sahaja program Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan pada 12 Mei ini akan berlangsung.

Namun sehingga hari ini lokasi debat masih belum dimuktamadkan.

Ia kerana Universiti Malaya tidak membenarkan Dewan Tunku Cancelor dijadikan lokasi debat perdana itu.

Buat masa ini kedua-dua pihak masih mencari lokasi sesuai.

Pengarah Komunkasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil yang mewakili Anwar mencadangkan debat itu diadakan di Dewan Sivik MBPJ manakala wakil Najib pula mencadangkan Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur.

Kedua-dua figura politik ini akan menyentuh isu Sapura Energy Berhad serta Masa Depan Malaysia dalam debat tersebut.

Debat ini diadakan rentetan program Skop MG bersama Rafizi Ramli pada 1 April lalu berhubung keterbukaannya untuk berdebat dengan Najib berhubung isu Sapura.

Rafizi telah mencadangkan Anwar berdebat bersama Najib dan cabaran itu disahut Najib menerusi hantaran di Facebook beliau.

Editor Malaysia Gazette, Haslina AR Kamaludin telah dipilih menjadi moderator bagi menjayakan Debat Perdana ini.

Debat Perdana ini akan disiarkan secara langsung di semua platform digital Malaysia Gazette sama ada di Facebook, Youtube, Twitter dan juga portal rasmi www.malaysiagazette.com – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dimana ada Anwar disitu ada ERL yang hendak dibuatnya. Menang di PD janji alih laluan ERL supaya masuk PD lepas ni kalau menang di Pinang, maka terpaksa lah ERL lalu pinang pula. Last2 projek ERL sudah jadi Pening.

Comments are closed.