Identiti suspek samun penyampai berita di damansara Perdana sehingga mangsa mengalami kecederaan berjaya dikenalpasti dan usaha mengesan dipergiatkan

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Janna Nick sempat merakamkan satu kejadian ragut membabitkan seorang lelaki yang berlaku di depan matanya.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Janna berkata, kejadian itu dirakam menerusi dashcam di dalam keretanya.

“PERAGUT HAMPIR MEMBUNUH! Omg! Tolong cari jap owner Kereta tu. Kesian abang pakai Baju melayu ni. Sampai berdarah2 tangan kena seret atas jalan. Cermin Kereta dia pecah.

“To abg Baju melayu. I don’t have your contact number. Taktau macam mana nak pass this video. Luckily my dashcam ada record,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen pula, Janna memberitahu, lelaki tersebut baru sahaja keluar dari kereta untuk ke sebuah kedai serbaneka. – MalaysiaGazette