Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 4.2 arah Perai menghala pulau di sini, hari ini.

Saksi seorang wanita melihat mangsa meninggalkan motosikal jenis Honda Wave Dash sebelum bertindak terjun ke dalam laut kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.47 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

“Sebaik kita tiba kita dapati mangsa berusia 40 tahun itu meninggal motosikal bersama barang peribadinya sebelum bertindak terjun.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan ketika ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – MalaysiaGazette