Sektor pelancongan semakin pulih selepas kerajaan menarik semula sekatan pergerakan.

KUALA LUMPUR – Data penumpang bulan Mac 2022 menyaksikan pemulihan perjalanan udara yang berterusan.

Perkembangan ini menunjukkan konflik di Ukraine amat terhad terhadap permintaan perjalanan udara secara keseluruhan dan penularan varian Omicron memberi kesan terhad kepada pasaran domestik Asia,

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata, jumlah trafik pada Mac 2022 (diukur dalam kilometer penumpang pendapatan atau RPK) meningkat 76.0% berbanding Mac 2021.

Walaupun angka itu lebih rendah daripada kenaikan 115.9% dalam permintaan Februari tahun ke tahun, volum pada Mac adalah yang paling hampir dengan paras pra-pandemi 2019 kepada bawah 41%.

Trafik domestik Mac 2022 meningkat 11.7% berbanding tempoh tahun lalu, jauh di bawah 59.4% peningkatan tahun ke tahun yang dicatatkan pada Februari.

Ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada sekatan pergerakan berkaitan varian Omicron di China yang mana RPK domestik bulan Mac turun 23.2% berbanding Mac 2019.

RPK antarabangsa meningkat 285.3% berbanding Mac 2021, melebihi keuntungan 259.2% yang dialami pada bulan Februari berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Kebanyakan wilayah meningkatkan prestasi berbanding bulan sebelumnya, diterajui oleh syarikat penerbangan di Eropah.

RPK antarabangsa Mac 2022 turun 51.9% berbanding bulan yang sama pada 2019.

Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata, dengan halangan untuk melakukan perjalanan di kebanyakan tempat, namun sasaran untuk melihat lonjakan permintaan yang telah lama dijangkakan akhirnya dapat direalisasikan.

“Malangnya, kita juga melihat kelewatan yang lama di banyak lapangan terbang dengan sumber yang tidak mencukupi untuk mengendalikan jumlah yang semakin meningkat.

“Ini mesti ditangani segera untuk mengelakkan pengguna kecewa,” katanya. – MalaysiaGazette