Serbuk kokain ditemui dalam guni biji kopi yang dihantar ke kilang Nespresso . foto BBC

BERN – Polis Switzerland merampas 500 kilogram (kg) kokain yang dihantar ke kilang Nespresso.

Pekerja di kilang di Romont memaklumkan pihak berkuasa selepas menemui serbuk putih dalam longokkan guni biji kopi.

Polis yang menjalankan siasatan lanjut kemudian menemui lebih banyak dadah itu dalam lima kontena.

Kokain itu dipercayai dari Brazil.

Nespresso dalam kenyataannya berkata, pengeluaran kopi di kilang itu tidak dicemari oleh dadah tersebut.

“Kami mahu meyakinkan pengguna bahawa semua produk kami selamat untuk dimakan,” kata syarikat kopi itu.

Kokain yang dirampas itu adalah 80 peratus tulen dan mempunyai anggaran nilai hampir 50 juta euro (AS$53 juta).

“Ia pastinya satu rampasan besar dan boleh dikatakan tangkapan luar biasa,” kata Marc Andrey, ketua keselamatan bagi wilayah itu.

Polis tidak menolak kemungkinan kokain itu mungkin untuk pasaran Eropah. – BBC (https://www.bbc.com/news/world-europe-61343037)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast