Bot pelancongan Sungai Melaka, Melaka River Cruise (MRC) menangguhkan sementara operasinya hari ini susulan paras air Sungai Melaka yang terlalu tinggi ekoran hujan lebat hampir dua jam sejak jam 7 pagi tadi.

 

MELAKA – Bot pelancongan Sungai Melaka, Melaka River Cruise (MRC) menangguhkan sementara operasinya hari ini susulan paras air Sungai Melaka yang terlalu tinggi ekoran hujan lebat hampir dua jam sejak 7 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengurusan Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) dan MRC menerusi satu kenyataan turut menjelaskan perkhidmatannya akan kembali beroperasi selepas keadaan kembali pulih.

“Ekoran hujan lebat menyebabkan paras air Sungai Melaka Tinggi serta arus deras dan cuaca yang tidak menentu, operasi Melaka River Cruise terpaksa dihentikan sementara sehingga keadaan kembali pulih.

“Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 06-2814322/23 (pejabat) atau 06-2861530 (kaunter Taman Rempah) dan 06-2861531 (kaunter Muara),” katanya.

Paras air tinggi menyebabkan bot tidak dapat melepasi beberapa jambatan sepanjang laluan Sungai Melaka sekiranya beroperasi.

Sementara itu, tinjauan wartawan MalaysiaGazette di Jeti Taman Rempah mendapati, papan tanda makluman penutupan sementara operasi telah diletakkan di kaunter tiket.

Tinjauan juga mendapati, paras air tinggi menyebabkan bot tidak dapat melepasi beberapa jambatan sepanjang laluan Sungai Melaka sekiranya beroperasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast