MaTiC Najib Razak Anwar Ibrahim debate
The Malaysia Tourism Centre (MaTiC)

KUALA LUMPUR – Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (Matic) dipilih sebagai lokasi debat perdana antara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut dicapai secara sepakat oleh kedua-dua pihak selepas wakil Najib dan Anwar mengadakan perbincangan.

Menurut kenyataan bersama Pejabat Najib dan Anwar, debat perdana tersebut akan disiarkan secara langsung oleh media rasmi melalui saluran TV dan media sosial yang akan diumumkan kemudian.

Najib Razak Anwar Ibrahim debate live
Debat Najib-Anwar akan diadakan di Matic pada 12 Mei ini.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk memilih Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran debat tersebut pada 12 Mei 2022, pada jam 9 malam,” katanya mereka dalam kenyataan tersebut.

Kedua-dua pihak turut berharap debat perdana itu akan berlangsung dengan sempurna.-MalaysiaGazette