Foto: FB Gotabaya Rajapaksa

ANKARA – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa pada Jumaat sekali lagi mengisytiharkan darurat ketika protes berlarutan akibat masalah ekonomi yang terus melanda negara itu, lapor Agensi Anadolu.

TV swasta India, NDTV melaporkan darurat akan berkuat kuasa mulai tengah malam.

“Langkah itu akan memberi kuasa mutlak kepada pasukan keselamatan membendung protes antikerajaan yang semakin meningkat,” menurut laporan.

Keputusan itu diambil selepas pasukan polis menghalang pelajar yang cuba menyerbu bangunan Parlimen menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

Sebelum ini pada Mac, penunjuk perasaan berkumpul di sekitar kediaman presiden membantah bekalan elektrik yang terputus dan krisis ekonomi yang berpanjangan.

Pertempuran  antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan mengakibatkan berpuluh-puluh orang awam serta pegawai polis cedera, dan lebih 50 orang ditahan.

Kerajaan melaksanakan perintah berkurung di Colombo dan mengenakan perintah darurat pada 1 April.

Meskipun darurat ditarik balik pada 5 April, protes masih berterusan – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast