M. Saravanan

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan akan membincangkan isu-isu berhubung buruh paksa semasa lawatannya ke kerja ke Amerika Syarikat (AS),

Lawatan ini katanya, seiring dengan Perdana Menteri ke Washington
bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN – Amerika Syarikat dari 10
hingga 13 Mei 2022.

Ia juga merupakan susulan daripada lawatan kerja saya ke Geneva dan London bagi mendeposit ratifikasi protokol Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berhubung buruh paksa iaitu Protokol 29 dan perbincangan dengan United Kingdom untuk isu yang sama baru-baru ini.

“Sempena lawatan kerja saya ke Amerika Syarikat, saya dijadualkan bertemu dengan beberapa jabatan di Amerika Syarikat yang berkait rapat dengan isu buruh paksa seperti Jabatan Buruh Amerika Syarikat serta Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.

“Ia termasuk satu sesi berasingan dengan Responsible Business Alliance,” katanya.

Saravanan menambah, beliau juga akan berkongsi amalan baik negara dalam menangani isu buruh paksa dan menerokai peluang kerjasama dua hala dengan Kerajaan Amerika
Syarikat sebagai salah satu usaha dalam emastikan produk dan syarikat Malaysia tidak terus dikaitkan dengan isu buruh paksa. – MalaysiaGazette