MGNew: Tol Bentong Mula Sesak Warga Kota Mula Pulang Ke KL

Laluan trafik berhampiran Plaza Tol Bentong, Pahang menghala ke Karak dilaporkan sesak ketika ini selepas hampir seminggu orang ramai pulang menyambut Aidilfitri di pantai timur.

Pagi tadi, menerusi ciapannya di Twitter, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) memberitahu, aliran trafik sesak dan perlahan di laluan Bentong-Lentang sejauh 7.2 kilometer dari Kilometer 66.5 hingga Kilometer 59.3.