“Kecil tapak tangan nyiru kita tadahkan” – Melaka ditawar anjur LIMA
MELAKA – Melaka bersedia menjadi tuan rumah Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) sekiranya diberi kepercayaan oleh Kerajaan Persekutuan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, negeri itu berpengalaman menganjurkan acara antarabangsa, namun cadangan berkenaan perlu diteliti dari aspek kewangan, kemampuan dan keperluan infrastruktur sebelum direalisasikan.















