MGNews: Pelajar Rempuh Pemotong Rumput Akan Dikenakan Tindakan Tegas – Ka Siong

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan sesiapa atau mana-mana pemilik kenderaan yang memberi kebenaran kepada anak-anak mereka serta remaja di bawah umur memandu akan dikenakan tindakan.

Kenyataan itu merujuk kepada insiden remaja yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh pekerja pemotong rumput sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.