Gambar hiasan. Foto Reuters

SINGAPURA – Harga minyak susut pada awal dagangan Asia hari ini apabila pelabur melihat perbincangan sekatan minyak rusia oleh Kesatuan Eropah akan mengetatkan bekalan global.

Minyak mentah Brent turun AS$0.67 atau 0.6 peratus kepada AS$111.72 setong menjelang 0002 GMT manakala minyak mentah West Texas Intermediate AS berada pada AS$109.02 setong, turun AS$0.75 atau 0.7 peratus.

Minggu lalu, kedua-dua kontrak meningkat untuk minggu kedua berturut-turut berikutan kebimbangan bekalan selepas Suruhanjaya Eropah mencadangkan sekatan berperingkat ke atas minyak Rusia.

Cadangan sekatan itu merupakan pakej sekatan yang paling sukar bagi konflik di Ukraine dan ia memerlukan undian sebulat suara dalam kalangan ahli EU.

Timbalan Perdana Menteri Bulgaria berkata, negara itu akan veto sekatan minyak EU ke atas Rusia jika ia tidak mendapat pengurangan daripada cadangan tersebut.

Suruhanjaya Eropah pada hari Jumaat mencadangkan perubahan kepada sekatan yang dirancang ke atas minyak Rusia untuk memberi Hungary, Slovakia dan Republik Czech lebih banyak masa untuk mengalihkan bekalan tenaga mereka, kata sumber EU.

“Rundingan itu akan diteruskan esok, pada hari Selasa juga, mesyuarat para pemimpin mungkin diperlukan untuk memuktamadkan pandangan mereka.

”Pendirian kami sangat jelas. Jika terdapat pengurangan untuk beberapa negara, kami mahu mendapatkan pengurangan juga,” Vassilev memberitahu televisyen BNT.

Pasaran kewangan global juga dibebani kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah, kemungkinan kemelesetan dan kesan daripada sekatan Covid-19 di China, ekonomi kedua terbesar di dunia.

Sementara itu, Arab Saudi, pengeksport minyak utama dunia, menurunkan harga minyak mentah untuk Asia dan Eropah untuk Jun pada Ahad. – Reuters (https://www.reuters.com/business/energy/oil-slips-investors-eye-eu-vote-russian-oil-ban-2022-05-09/)