Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan susulan kenaikan mendadak jumlah kes positif Covid-19 sejak beberapa hari yang lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 melonjak kepada 2,153 semalam berbanding 1,372 sehari sebelumnya.

Daripada jumlah itu hanya dua kes import.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, setakat tengah malam tadi sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan dengan tiga kes berlaku di luar hospital.

Dengan pertambahan itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 meningkat kepada 35, 583.

Bagaimanapun, jumlah kes yang menerima rawatan di hospital naik sedikit 1,075 atau 4.8 peratus berbanding 1,025 pada 7 Mei 2022.

Jumlah kes yang dirawat di unit rawatan rapi pula sebanyak 88 dengan 59 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes aktif yang dilaporkan dalam tempoh yang sama ialah 22,556.

Jumlah kes sembuh pula sebanyak 2,869, sekali gus menjadikan angka kumulatif sebanyak 4,400,750. – MalaysiaGazette