Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing melupuskan sebanyak RM365.7 juta dalam tempoh dua hari dagangan minggu lalu yang berakhir 6 Mei 2022.

Mereka menjual sebanyak RM143.1 juta pada hari Khamis dan RM222.6 pada hari Jumaat.

Dagangan singkat itu susulan penutupan operasi Bursa Malaysia susulan cuti Hari Raya Aidilfitri dan cuti ganti Hari Buruh. Bursa hanya beroperasi pada hari Khamis dan Jumaat sahaja.

MIDF Research berkata, pelabur tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keempat berturut-turut sebanyak RM202.8 juta manakala pelabur institusi menamatkan aktiviti jualan selama 12 minggu dengan belian bersih RM162.9 juta minggu lepas.

Sehingga kini, pelabur asing menjadi pembeli bersih selama 14 daripada 18 minggu tahun ini dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM6.92 bilion.

Pelabur institusi menjadi pembeli bersih pada kedua-dua hari masing-masing sebanyak RM71.9 juta pada hari Khamis dan RM91.1 juta pada hari Jumaat selepas menjadi penjual bersih selama 15 daripada 18 minggu tahun ini.

Sehingga kini, mereka telah menjual RM7.8 bilion ekuiti.

Pelabur runcit juga merupakan pembeli bersih pada kedua-dua hari dagangan, mencatatkan RM71.3 juta pada Khamis dan RM131.5 juta pada hari Jumaat.

Setakat ini, pelabur runcit membeli sebanyak RM875.5 juta.

Dari segi penyertaan, pelabur asing menyaksikan peningkatan dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak 63.18%. manakala pelabur runcit 4.29% tetapi pelabur institusi mengalami penurunan sebanyak 9.14%. – MalaysiaGazette