Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memandu secara gopoh dan menghalang tugas penjawat awam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memandu secara gopoh dan menghalang tugas penjawat awam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, pemandu berkenaan dikatakan berbuat demikian semasa anggota polis mengiringi orang kenamaan di Lebuh Raya Sultan Iskandar pada 6 Mei lalu.

“Pada 7 Mei lalu lebih kurang pukul 1 petang, polis telah menahan seorang lelaki warganegara berusia 36 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes tersebut yang kemudiannya direman selama empat hari mulai 8 Mei lalu.

“Individu tersebut akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat melalui Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menggalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya) dan Seksyen 279 kanun yang sama kerana memandu dengan gopoh di jalan awam).- MalaysiaGazette