Azri Ahmad

KUALA LUMPUR – Punca kes kematian tahanan dalam lokap Balai Seri Alam, Johor pada 8 Mei lalu disebabkan radang paru-paru Covid-19.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sultan Ismail semalam dan mendapati mayat tahanan itu tiada sebarang kecederaan.

Sebaliknya mayatnya positif Covid-19.

Oleh itu, kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Azri berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.

Dua hari lalu, Azri dalam kenyataannya berkata, lelaki tempatan berusia 48 tahun itu yang ditahan atas kesalahan dadah ditemui lemah dalam lokap berkenaan.

”Pada jam 8.35 pagi tadi, tahanan itu berada dalam keadaan lemah dan pegawai bertugas telah menghubungi Klinik Kesihatan Masai, Johor.

”Hasil pemeriksaan pegawai kesihatan mengesahkan tahanan itu meninggal dunia pada 9.35 pagi,” katanya. – MalaysiaGazette