Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Debat Perdana di MaTiC, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 12 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan seharusnya menjalankan audit forensik terhadap Syarikat Sapura Energy Berhad.

“Soalnya bukan soal kerajaan bantu syarikat ini tapi soalnya campur tangan, mesti ada audit forensik.

“Macam saya lakukan terhadap Perwaja Steel dulu saya diarahkan untuk bantu saya lakukan dan minta PWC lakukan audit forensik,” katanya dalam Debat Perdana antara kedua-dua pemimpin yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) malam ini.

Ulas Anwar, situasi ini jelas menunjukkan kerajaan menjaga kepentingan beberapa ahli politik daripada kepentingan rakyat.

“Kita mesti mula dengan audit, bagaimana perjanjian dibuat, arahan mana, kalau tak kita buat andaian semuanya dalam keadaan yang bagus.

“MAS sudah kita lihat, Perwaja Steel dan banyak lagi masalah lain tapi tidak ada pengajaran kepada kita (kerajaan),” katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar turut menasihatkan agar satu siasatan lengkap dan rapi dilakukan oleh kerajaan supaya perkara sama tidak berlaku kepada syarikat milik kerajaan lagi.

Pada Mac lalu, Sapura Energy Bhd yang mencatatkan kerugian bersih luar biasa RM8.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 dijangka mengalami kerugian lebih besar bagi tahun kewangan semasa. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tun M dan DS Najib sama sahaja, seorang kes perwaja seorang kes 1MDB. Seorang dengan Eric chia seorang dengan Jo Low. Tak tahu habis semua duit berbillion2 kena songlap. Zaman sekarang orang duit kerajaan kena scammer.

Comments are closed.