Kim Jong-un. foto Reuters

SEOUL – Buat kali pertama, Korea Utara mengesahkan wabak Covid-19 di negara itu.

KCNA berkata, sub-varian Omicron yang dikenalpasti sebagai BA.2 telah dikesan di Pyongyang.

”Terdapat insiden kecemasan besar berlaku di negara ini, sejak negara ini melaksanakan kuarantin sejak dua tahun tiga bulan – iaitu sejak Februari 2020,” katanya.

KCNA yang mengesahkan warga negara itu dijangkiti varian Omicron namun tidak menjelaskan jumlah kes atau punca jangkitan.

Laporan itu diterbitkan ketika pemerintah Korea Utara, Kim Jong-un, mempengerusikan mesyuarat Parti Pekerja untuk membincangkan tindak balas terhadap wabak pertama koronavirus.

Semasa pertemuan itu, Kim dilaporkan meminta pegawai-pegawai Korea Utara untuk menstabilkan penularan dan menghapuskan sumber jangkitan secepat mungkin.

Korea Utara sebelum ini mendakwa negara itu bebas Covid-19 selepas ia menutup sempadannya kepada hampir semua perdagangan dan pelawat selama dua tahun. – The Guardian (https://www.theguardian.com/world/2022/may/12/north-korea-admits-to-covid-outbreak-for-first-time)