Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Debat Perdana antara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi dapat dinilai rakyat.

Mereka boleh menyaksikan mana negarawan dan seorang politikus, kata Nga Kor Ming.

Pengerusi DAP Perak itu berkata, persoalan itu didakwanya dapat dinilai sendiri oleh rakyat selepas kedua-duanya mengetengahkan isu-isu semasa di dalam negara.

Beliau berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhujah demi masa depan negara, kebajikan rakyat serta membangkitkan soal integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik.

Jelas Kor Ming, hujah yang dibangkitkan Anwar jelas mengutamakan usaha memerangi mereka yang melakukan salah laku kuasa dan penyelewengan rasuah.

Manakala Najib didakwanya sering mengelak daripada isu-isu tersebut.

“Apa yang saya dapat lihat, Najib banyak mengelak dan tidak berani untuk menjawab soalan. Bagi saya apa yang dia (Najib) bangkitkan adalah beberapa contoh yang saya kira adalah bahan ketawa.

“Mula-mula dia minta kerajaan arahkan Petronas untuk bail out Sapura Energy. Dia kata tak payah pakai satu sen pun duit rakyat.

“Petronas syarikat milik siapa? Duit rakyat, duit negara” katanya ketika ditemui selepas tamat Debat Perdana di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, sekiranya Malaysia ingin menjadi negara yang maju, debat wajar jadi budaya di mana aktiviti itu membolehkan rakyat membuka mata dan menimba ilmu siapa yang benar-benar berjuang untuk rakyat dan siapa yang berjuang hanya untuk kroni. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast