Hussein Abd Hamid dikehendaki Bukit Aman dalam siasat kes menghina kerabat diraja Pahang

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu Hussein Abd Hamid bagi membantu siasatan kes menghina Institusi Diraja Pahang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Penama ini dikehendaki untuk siasatan bersabit laporan polis travers report 3380/21 berkenaan satu artikel bertajuk ‘Randy Bastard These Pahang Royals!’ yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah serta penghinaan terhadap Institusi Diraja Pahang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki yang berusia 75 tahun itu diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Superintendan Junainah M. Kasbolah atau pegawai penyiasat, Inspektor Jagachandran Murugesen di talian 03-22666071. – MalaysiaGazette