Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mempersoalkan usaha mana-mana pihak untuk menambah saiz kek ekonomi dan meningkatkan kekayaan negara.

Cuma, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan, usaha itu tidak ke mana jika pemimpin negara tiada tatakelola yang baik, tiada integriti serta gagal memerangi rasuah.

“Kita nak menggubal dasar ekonomi yang baik pokoknya mesti ada budaya integriti, kita kena selesaikan dan memerangi rasuah. Soal kita nak menambah soal kekayaan negara, tidak ada sesiapa pertikaikan untuk perbesarkan kek ekonomi.

“Selepas kek itu diperbesarkan, siapa akan dapat manfaatnya, siapa dapat makannya, itu analogi cukup baik yang dikatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada MalaysiaGazette  di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) malam tadi.

Anthony berkata, apa yang dikupas Presiden PKR dalam Debat Perdana dengan Datuk Seri Najib Razak dalam Debat Perdana malam tadi sangat tepat kerana punca segala isu dan masalah pada hari ini kerana integriti.

“Soalnya, pengagihan dan pengurusan kekayaan ekonomi negara, kalau tiada integriti, maka yang dapat habuan dan kelebihannya hanya sebilangan kecil sahaja, golongan elit dan bukannya rakyat terbanyak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Debat Perdana itu perlu dijadikan budaya di negara ini lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Pentas ini boleh jadi satu contoh yang baik, walaupun dua musuh politik boleh sepentas berbahas dengan profesional dengan berdepan walaupun kadang-kala ada sedikit provokasi dan sebagainya tetapi itu perkara biasa.

“Kita boleh uruskan perbezaan itu dengan baik dan dapat diadakan dengan aman walaupun dewannya cukup kecil, hanya 400 orang sahaja  tetapi tiada apa-apa masalah.

“Saya melihat ini boleh dijadikan sebagai satu contoh bahawa ia (debat)  sepatutnya terus dan dijadikan sebagai sebahagian terutamanya dalam musim pilihan raya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kek Najib besar sebelah berintikan delima merah .bersalut krismis tipu dan rasuah . Untok hidangan kroni diistana mewah

  2. Cuba lihat kek 1mdb yang dibahagi pada rakyat . Sebahagian je dapat haji free yang ramai lagi dapat cerita free je lah . Beginilah cara Najib bahagi kek negara . Adil bagi yang dapat . Sumpah derhaka bagi yang dengar cerita .

Comments are closed.