Poster Altimet yang mahu bertanding Ketua Cabang Ampang tular di laman sosial hari ini.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali dengan panggilan Altimet sah bertanding pada Pemilihan PKR sebagai calon Ketua Cabang Ampang.

Poster beliau yang mahu bertanding bagi jawatan itu tular di laman sosial.

Menurut sumber, beliau yang juga pelakon dan komposer telah menghantar pencalonannya.

Altimet merupakan salah seorang daripada tiga selebriti tanah air yang menyertai PKR tahun lepas.

Dua lagi selebriti berkenaan iaitu Datuk Hans Isaac dan Datuk Afdlin Shauki.

Difahamkan Afdlin bakal berebut jawatan Ketua Cabang bagi kawasan Setiawangsa manakala, Hans di kawasan yang ditandingi Altimet.

Hans mengumumkan menyertai PKR pada 2020.

Sebelum ini, timbul desas desus beliau akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU), selepas penyandang kerusi itu yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, dipecat daripada parti. – MalaysiaGazette