Tiga suspek berjaya ditahan kerana disyaki melakukan penyeludupan diesel bersubsidi.

BATU PAHAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menahan tiga lelaki tempatan dan merampas 55,200 liter minyak diesel subsidi di sebuah premis di Taman Beroleh di sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, tangkapan itu dibuat dalam serbuan pada 11.30 malam.

Siasatan awal terhadap suspek yang berusia 24 hingga 54 tahun itu mendapati mereka membekalkan minyak diesel bersubsidi tanpa permit yang sah di sekitar kawasan Batu Pahat.

“Anggaran rampasan diesel sahaja berjumlah RM118,250 manakala nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM505,308,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

PGA ercaya tangkapan dan rampasan itu berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar daerah ini.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast