Sebanyak 71 jenis hidupan liar spesis burung dilindungi yang dirampas dalam serbuan oleh PGA.

KUALA LUMPUR – Empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan dalam lima serbuan berasingan di sini kerana dipercayai terlibat dalam pengedaran dan penjualan hidupan liar.

Serbuan tersebut berjaya merampas 71 jenis hidupan liar spesis burung dilindungi dan sebuah motosikal yang disyaki digunakan dalam aktiviti tersebut.

Anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM105,700.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit berkata, serbuan ini dipercayai berjaya menggugat rangkaian satu sindiket di Lembah Klang yang menjadikan beberapa buah rumah di kawasan perumahan setinggan dan rumah flat sebagai tempat penyimpanan dan penjualan hidupan liar yang dilindungi.

Masyarakat diminta agar dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang berkaitan akta pemuliharaan hidupan liar ini.

Kes disiasat dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast