Seramai 49 PATI warganegara Myanmar ditahan selepas cuba masuk ke negara ini melalui sempadan negara Malaysia danThailand dengan menggunakan laluan yang tidak sah.

KUALA LUMPUR – Seramai 49 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui sempadan negara Malaysia dan Thailand.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku di kawasan Ladang Getah sektor Op enteng kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

“Pada 14 Mei 2022 jam 0930, Tim Serang dan Tangkap (SERKAP) telah melihat sekumpulan orang awam yang dalam keadaan mencurigakan sedang berjalan kaki merentas sempadan negara. Anggota bertugas telah bertindak menahan kesemua orang awam tersebut seramai 49 orang.

pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya adalah warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan berumur di antara 15 hingga 48 tahun terdiri daripada 37 lelaki dan 12 perempuan,” kata markas itu.

Turut dirampas adalah 37 buah telefon bimbit, wang tunai dalam matawang Malaysia, Thailand dan Myanmar dan 2 beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM15,878.00. Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menegaskan, pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan. – MalaysiaGazette