Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020. senior judge sexual harassment naked
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN

KUALA LUMPUR – Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mendera seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di bawah jagaannya di Pandan Perdana, di sini, semalam

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, seorang lelaki lelaki membuat laporan polis semalam setelah terdengar tangisan seorang kanak-kanak pada jam 1 tengahari.

“Pengadu telah membuat pemeriksaan selepas terdengar tangisan kanak-kanak itu di rumah berkenaan terkejut apabila badan mangsa mempunyai kesan kecederaan di muka dan badannya disyaki akibat didera penjaganya dan terus bergegas ke balai polis untuk tindakan selanjutnya demi menyelamatkan segera kanak-kanak malang itu.

“Polis melakukan siasatan dan mendapati penjaganya merupakan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40an disyaki telah mendera mangsa.

“Suspek adalah penjaga sementara kepada mangsa kerana ibu bapa kandung mangsa kini sedang menjalani hukuman penjara di atas kesalahan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, siasatan mendapati mangsa telah telah dijaga oleh suspek semenjak awal Januari lalu.

Tambah beliau, kanak-kanak itu telah ditempatkan di Wad Pediatrik Hospital Ampang untuk pemerhatian dan rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua- duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

“Dalam pada itu polis telah mempergiatkan usaha dan operasi untuk mengesan dan menjejaki suspek disyaki menghilangkan diri selepas melakukan jenayah dera itu untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah Polis Ampang Jaya di talian 03- 42892222 atau balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette