Selebriti dan pengacara tv tempatan, Ahmad Awaluddin Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan merosakkan palang milik pengurusan sebuah perumahan di Sunway Damansara, pada 16 April 2022.
Tertuduh yang lebih dikenali sebagai Awal Ashaari, 41, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.