Datuk Ramli Mohamed Yoosuf

KUANTAN – Seorang penoreh getah warga India maut dipanah petir dalam kejadian 2.30 petang semalam di rumah kongsi Kg Pongsoi Lanchang, Temerloh.

Kematian Sajeesh Kumar Mankuzhi, 35, dilaporkan oleh penyelianya selepas mendapat panggilan daripada pekerja lain ketika perjalanan balik selepas melakukan penghantaran makanan kepada pekerja-pekerja.

Difahamkan mangsa dipanah petir ketika sedang makan di kawasan rumah kongsi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pengadu dan pekerja lain telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Karak dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 5.20 petang.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kematiaannya disahkan akibat dipanah petir.

Difahamkan ketika kejadian kawasan itu dilanda hujan lebat dan petir. – MalaysiaGazette