bendera korea utara
Gambar Hiasan

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada syarikat perniagaan supaya tidak mengambil kakitangan teknologi maklumat secara tidak sengaja dari Korea Utara.

Tindakan itu akan membolehkan pekerja dari negara mengambil kesempatan daripada peluang kerja untuk menyembunyikan identiti sebenar dan memperoleh wang untuk  Pyongyang.

Dalam nasihat yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara dan Perbendaharaan serta Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS berkata, amaran tersebut dibuat bagi memastikan sekatan yang dikenakan olehnya  dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dipatuhi, sekali gus mengekang membawa masuk wang untuk digunakan program senjata nuklear dan peluru berpandu balistik oleh Pyongyang.

“Terdapat beribu-ribu pekerja IT Korea Utara dihantar ke luar negara untik menjana pendapatan yang dihantar semula kepada Kerajaan Korea Utara.

“Pekerja IT ini mengambil kesempatan kemahiran dan permintaan sedia ada dalam bidang perisian dan pembangunan aplikasi mudah alih, untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bebas daripada pelanggan di seluruh dunia, termasuk di Amerika Utara, Eropah dan Asia Timur,” kata nasihat itu.

Menurutnya lagi, ramai pekerja Korea Utara berpura-pura berasal dari Korea Selatan, Jepun, atau negara Asia lain.

Warga Korea Utara kebanyakannya berpangkalan di China dan Rusia, dengan bilangan yang lebih kecil beroperasi dari Afrika dan Asia Tenggara.

Nasihat itu berkata, syarikat yang mengupah dan membayar pekerja tersebut mendedahkan diri mereka kepada perlanggaran undang-undang. – Reuters (https://www.reuters.com/world/asia-pacific/us-warns-against-inadvertently-hiring-north-korean-it-workers-2022-05-16/)