KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter kepada RM4.33 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Mei ini.

Bagaimanapun harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal dengan masing-masing dijual pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. – MalaysiaGazette