murder case debt loan Bidor oil palm estate Perak Police Chief, Datuk Mior Faridalathrash Wahid students die of Covid-19 vaccine SMK Tasek Damai
Mior Faridalathrash Wahid.

IPOH – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dipercayai akibat kepenatan semasa mendaki puncak Banjaran Titiwangsa berhampiran Kem Kuali, Tanjung Rambutan dekat sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 66 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur itu memiliki kebenaran memasuki hutan simpan kekal berkenaan bersama-sama 13 pendaki lain.

Beliau berkata, tempat kejadian terletak lebih kurang lapan jam pendakian dari kaki Gunung Korbu berhampiran Loji Rawatan Air Ulu Kinta.

“Ahli kumpulan tersebut (13 pendaki lain) mengambil keputusan untuk turun ke kaki gunung bagi melaporkan kejadian itu kepada pihak polis susulan tiada liputan talian telekomunikasi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Mior Faridalathrash, pihaknya telah menyelaraskan operasi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak bagi menurunkan mayat mangsa dari puncak gunung.

“Operasi berkenaan akan digerakkan esok dengan bantuan helikopter JBPM selepas mengambil kira faktor bentuk muka bumi dan cuaca yang mencabar di lokasi kejadian,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu laporan mati mengejut telah dibuka untuk menyiasat insiden tersebut. – Bernama