Juan Carlos. Foto Reuters

MADRID – Bekas Raja Sepanyol, Juan Carlos akan kembali ke negara itu minggu ini selepas hampir dua tahun dalam buangan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Istana diraja Sepanyol mengesahkan perkara itu.

Carlos meninggalkan Sepanyol selepas dikaitkan dengan siasatan berhubung dakwaan rasuah.

Tetapi tiga siasatan terhadap lelaki berusia 84 tahun itu telah digugurkan pada Mac, sekali gus membolehkan beliau kembali.

Bekas raja itu akan tiba di Sepanyol pada hari Khamis dan sebelum dia kembali ke UAE pada hari Isnin.

Dia merancang untuk meluangkan masa bersama keluarganya di Sanxenxo, di barat laut Sepanyol, dan juga akan melihat anaknya Raja Felipe VI di ibu negara Madrid.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada “keinginannya untuk melawat keluarga dan rakannya secara kerap di Sepanyol” dalam suasana “tersendiri”, kata kenyataan istana.

Kepulangan bekas raja itu berlaku selepas Carlos menghantar surat kepada anaknya pada Mac lalu, memberitahu beliau mahu pulang selepas pejabat peguam negara negara itu menangguhkan siasatan terhadapnya.

Apabila surat itu dikeluarkan pada bulan Mac, Kerajaan Sepanyol berkata, Juan Carlos berhutang penjelasan kepada orang ramai Sepanyol mengenai hal ehwal ekonominya.

Carlos turun takhta pada 2014 selepas hampir 40 tahun berkuasa dan menyerahkan kuasa kepada anaknya Felipe.

Keputusannya untuk melepaskan takhta dibuat selepas siasatan rasuah melibatkan suami anak perempuannya dan perjalanan kontroversi memburu gajah yang dilakukan oleh beliau semasa krisis kewangan Sepanyol.

Pada Jun 2020, Mahkamah Agung Sepanyol melancarkan siasatan ke atas dakwaan penglibatan Carlos dalam kontrak kereta api berkelajuan tinggi di Arab Saudi.

Beliau menafikan sebarang salah laku dan menegaskan bersedia jika pendakwa perlu menemu bualnya. Tetapi pada bulan Ogos tahun itu, Carlon ke UAE dan menetap di sana sejak itu.

Lawatan yang akan datang telah dikritik oleh parti Podemos parti sayap kiri, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan campuran. – BBC