bendera korea utara
Gambar Hiasan

SEOUL – Korea Utara meningkatkan pengeluaran ubat-ubatan dan bekalan perubatan termasuk steril dan termometer ketika negara itu sedang memerangi wabak koronavirus, kata media kerajaan KCNA hari ini.

Sekurang-kurangnya 262,270 orang lagi dilaporkan mengalami simptom demam dan seorang lagi meninggal dunia setakat petang semalam.

Namun Pyongyang tidak menyatakan berapa ramai daripada 25 juta penduduk negara itu telah diuji positif.

Sejak mengisytiharkan wabak Covid-19 pertama minggu lalu, Korea Utara melaporkan sebanyak 1,978,230 orang mengalami simptom demam dan 63 kematian.

Korea Utara kini melaksanakan langkah ketat termasuk sekatan di seluruh negara.

Kilang sedang menghasilkan lebih banyak ubat, termometer dan bekalan perubatan lain di ibu negara Pyongyang dan kawasan berdekatan.

Manakala lebih banyak wad pengasingan dipasang dan kerja-kerja nyah kuman dipergiatkan di seluruh negara, kata KCNA. – Reuters