Dua penyanyi lagenda tanah air, Anuar Zain dan Ziana Zain bakal bergabung dalam konsert yang dijadualkan pada 6 Ogos depan dengan anjuran Trumpet International Sdn. Bhd.

Konsert yang berjudul ‘Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022’ itu akan dipentaskan selama 90 minit di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 8.30 malam.

Mengakui sudah lama tidak bersama peminat, Anuar, 52, meluahkan rasa rindu untuk menghiburkan peminat yang menjulang namanya dalam persada seni tanah air.