Stephanie Frappart dari Perancis,( dalam gambar) antara tiga wanita yang dipilih oleh FIFA untuk mengadili perlawanan bola sepak Piala Dunia yang akan membuka tirai pada 21 November ini di Qatar. Foto Kredit: Getty Images/BBC Sports

LONDON – Tiga pengadil wanita diipih bagi mengadili perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 yang bermula pada 21 November ini

Stephanie Frappart dari Perancis, Salima Mukansanga (Rwanda) dan Yoshimi Yamashita (Jepun) akan dibantu tiga penolong pengadil wanita lain.

Pengadil Liga Perdana Inggeris, Michael Oliver dan Anthony Taylor turut terpilih untuk mengadili perlawanan.

Taylor yang mengadili perlawanan antara Denmark dan Finland pada Euro 2020 dipuji pemerhati sukan berikutan tindakan pantasnya memastikan pemain Denmark, Christian Eriksen mendapat rawatan selepas pengsan pada perlawanan itu.

Seramai 36 pengadil, 69 penolong pengadil serta 24 pegawai video perlawanan dipilih untuk Piala Dunia Qatar 2022.

“Seperti biasa, kriteria yang digunapakai selama ini mengutamakan kualiti dan pegawai perlawanan yang terpilih mewakili pengadilan tahap tinggi peringkat antarabangsa.

“Ia membabitkan proses lama yang dimulakan beberapa tahun lalu dengan pemilihan pengadil wanita di dalam kejohanan bola sepak lelaki junior dan senior FIFA

“Kami berharap pada masa akan datang, pemilihan dan penglibatan pengadil wanita untuk beberapa kejohanan lelaki akan diterima dan disambut baik sebagai perkara normal dan berjangka panjang,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina. – Agensi

https://www.bbc.com/sport/football/61508814

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast