Dominic Lau Hoe Chai.

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang yang membuat ramalan rumah perdana menteri dan menteri-menteri di negara ini mungkin dibakar oleh rakyat pada tahun 2057 atau 2063 dianggap tidak bertanggungjawab.

Perkara itu ditegaskan, Presiden Nasional Parti Gerakan (Gerakan), Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang menyifatkan Kit Siang sebagai anarkis dan telah melakukan sabotaj kepada ekonomi negara.

“Walhal keadaaan ekonomi Malaysia tidak seperti Sri Lanka yang kini sedang menghadapi inflasi yang mendadak. Semua barangan keperluan meningkat serta tidak mengcukupi.

“Memang benar Malaysia juga berdepan inflasi tetapi tidak seperti yang digambarkan. Lagi pun keadaan inflasi ini turut dihadapi hampir seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dominic berkata, berdasarkan laporan, Sri Lanka kini sedang menghadapi krisis ekonomi terburuk dalam sejarah ekoran gagal membayar hutang yang mencecah RM215.7 bilion.

Katanya, sebanyak 22 juta penduduk hidup dalam tekanan ramai yang terpaksa berlapar, bahan api tidak dapat memenuhi permintaan, bekalan elektrik kerap terputus dan ubat juga tidak mencukupi.

“Adakah itu semua mencerminkan kedaaan Malaysia hari ini sehingga kenyataan berbaur hasutan itu dikeluarkan?

“Majoriti rakyat negara ini masih mempunyai makanan di atas meja setiap hari, pusat membeli belah juga berjalan seperti biasa ramai orang malah kini rakyat Malaysia sedang sibuk meraikan rumah terbuka Aidilfitri,” ujarnya.

Justeru, Dominic mengingatkan Kit Siang sebagai pesara dan vateran politik beliau harus memadam hantaran itu dan meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia.

“Kalau sudah bersara buat cara bersara. Jangan hasut rakyat lagi” tambahnya.

Sebelum ini, Kit Siang membuat andaian tersebut berdasarkan situasi yang berlaku di Sri Lanka ketika ini yang mana penunjuk perasaan telah membakar rumah perdana menteri dan menteri-menteri negara Asia Selatan itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mungkinkah rumah PM, menteri dibakar pada 2057 atau 2063? – Kit Siang

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast