Home Nasional Pandu lawan arus: Ujian air kencing pemandu teksi warga emas negatif –...

Pandu lawan arus: Ujian air kencing pemandu teksi warga emas negatif – polis

KUALA LUMPUR – Ujian saringan air kencing terhadap seorang pemandu teksi warga emas yang memandu secara melawan arus didapati negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. Anbalagan berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu selepas rakaman selama 11 saat mengenainya tular di laman sosial.

Menurutnya, pemandu teksi berusia 70 tahun itu telah memandu secara berbahaya di persimpangan lampu isyarat Jalan Putra Permai Seri Kembangan dengan di dalam teksinya terdapat penumpang seramai tiga orang.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu teksi itu telah mengambil penumpang di sebuah kondominium berhadapan AEON Taman Equine hendak menuju ke Maybank Taman Equine.

“Aapabila sampai di tempat kejadian pemandu teksi itu telah melalui laluan bertentangan tanpa membuat pusiangan di Bulatan Persiaran Pinggiran Putra 2,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata, pemandu teksi itu telah memandu kenderaannya secara melawan arus sejauh 40 meter dan seterusnya membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat menuju ke Maybank Taman Equine.

Tambah beliau, sisatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca pemandu itu melawan arus dan kes di siasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa. – MalaysiaGazette