Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

KUALA LUMPUR – Tempoh permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) dilanjutkan sehingga 15 Jun 2022.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap, pelanjutan ini dapat membantu pengusaha inap desa (homestay) di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia memperbaiki penginapan masing-masing.

“Langkah ini membolehkan pengusaha-pengusaha terbabit┬ákekal berdaya saing bagi menarik lebih ramai pelancong untuk datang menginap,” kata kementerian berkenaan menerusi kenyataan.

Sebagai rekod, kerajaan melalui Bajet 2022 memperuntukkan RM30 juta bagi membantu pengusaha khususnya selepas berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Sebelum ini, kementerian berkenaan membuka permohonan geran tersebut pada 1 hingga 30 April 2022.- MalaysiaGazette