Foto Facebook Rina Mohd. Harun.

KUALA LUMPUR – Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini berada dalam prestasi terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menegaskan, barisan exconya sedang mengatur strategi untuk memantapkan lagi perancangan sedia ada.

“Saya sarankan kepemimpinan Srikandi Malaysia termasuk di peringkat negeri, bahagian dan cawangan memiliki semangat solidariti serta jatidiri yang kental dalam memantapkan parti untuk menghadapi PRU-15.

“Inilah formula yang cukup penting untuk pasukan Bersatu atau Perikatan Nasional dalam perjuangan politik yang semakin mencabar ketika ini.

“Saya turut menyaran memperkasakan program-program mendekati rakyat demi menjamin harapan mereka. Pelbagai program telah dilaksanakan dan kita akan melakukan proses ‘tambah nilai’ untuk memperkasakannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Rina berkata demikian selepas mempengerusikan masyuarat Exco Srikandi Bersatu Malaysia semalam.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast