Logo Gazprom, syarikat gergasi minyak dan gas milik Rusia. Foto Reuters

MOSCOW – Syarikat gergasi tenaga Rusia, Gazprom mengesahkan penggantungan sepenuhnya bekalan gas kepada syarikat utiliti milik Kerajaan Finland, Gasum mulai Sabtu kerana tidak membuat pembayaran dalam rubel.

Sehingga Jumaat, Gazprom Export tidak menerima sebarang bayaran dalam rubel daripada Gasum untuk gas yang dibekalkan pada bulan April mengikut dikri presiden Rusia pada Mac, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Gas Rusia yang dibekalkan dari 1 April mesti dibayar dalam rubel, yang mana rakan niaga dimaklumkan tepat pada masanya, kata Gazprom.

Gazprom Export menghantar 1.49 bilion meter padu gas asli ke Finland pada 2021, yang menyumbang dua pertiga daripada jumlah penggunaan gas di negara Nordik itu, tambahnya. – Xinhua