Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir ke Majlis Silaturrahim Aidilfitri Parlimen Gombak di Dataran Greenwood, Taman Greenwood Gombak, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 21 MEI 2022.

GOMBAK – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mahu memberikan keutamaan terhadap masa depannya dalam politik ketika ini.

Sebaliknya Ahli Parlimen Gombak itu mahu menumpukan sepenuh usaha memulikan ekonomi negara.

“Itu (politik) bukan pertimbangan hari ini. Pertimbangan hari ini adalah untuk mencerdaskan pertumbuhan dan pemulihan eknonomi,” jawab beliau apabila ditanya tentang kelibatnya yang pasif dalam gerak kerja politik.

Azmin ditemui pada Majlis Silaturahim Aidilfitri Parlimen Gombak dan Dewan Udangan Negeri (DUN) Gombak Setia

Menurut pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, pada saat ini rakyat tidak menghiraukan perkara yang berkaitan dengan politik.

Sebaliknya mereka mahu pemimpin yang dipilih dan mengangggotai Kabinet untuk memberi fokus sepenuhnya terhadap pemulihan kesihatan dan ekonomi.

Tambah Azmin sebagai menteri, beliau menggalas tugas dan tanggungjawab bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dengan memastikan negara terus menerima pelaburan dari dalam dan luar Malaysia.

Tanpa pelaburan, pertumbuhan ekonomi tidak dapat dicapai.

Beliau menegaskan, sebagai menteri dia boleh mengagihkan kekayaan negara kepada semua rakyat.

“Sebab itu saya berada di luar negara untuk memberi fokus kepada pertumbuhan dan penjanaan ekonomi. Hari ini rakyat tidak mahu bicara sebab politik. Kita mahu krisis kesihatan ditangani dengan lebih efektif. Kita mahu ekonomi kita pulih.

“Maka saya mengalas tanggungjawab yang amat besar di bawah kementerian untuk memastikan pelaburan dapat segera masuk ke dalam Malaysia kerana hanya penjanaan dan pertumbuhan eknomi kita dapat mengagihkan kekayaan kepada rakyat.

“Kalau tidak ada pertumbuhan yang diagihkan, kita akan miskin. Saya tidak mahu agih kemiskinan. Saya mahu agihkan kekayaan negara ini kepada semua rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast