murder case debt loan Bidor oil palm estate Perak Police Chief, Datuk Mior Faridalathrash Wahid students die of Covid-19 vaccine SMK Tasek Damai
Datuk Mior Faridalathrash Wahid

IPOH – Perintah reman ke atas pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kematian seorang kanak-kanak perempuan, Ahad lepas, yang disyaki didera disambung enam hari lagi bermula esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-duanya yang berusia 40 tahun dan merupakan ibu dan bapa saudara yang menjaga kanak-kanak itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

“Reman mereka tamat reman hari ini dan kertas siasatan berhubung kes ini akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pasangan itu direman tujuh hari bermula Isnin lepas berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang disyaki didera.

Penahanan dilakukan selepas polis menerima satu laporan daripada pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini pada 3.14 pagi Ahad dengan memaklumkan bahawa jabatan terbabit menerima seorang pesakit kanak-kanak yang dibawa menaiki ambulans dan disahkan meninggal dunia pada kira-kira 1.45 pagi hari sama.

Bedah siasat yang dijalankan pakar patologi hospital berkenaan mendapati punca kematian adalah akibat pelbagai kecederaan disebabkan oleh benda tumpul. – Bernama