Caprice. Foto HAZROL ZAINAL, 10 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Caprice, memberi amaran kepada seorang lelaki yang didakwa mengganggu isterinya, Fara Inalis.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Caprice menunjukkan mesej yang dihantar individu tersebut di aplikasi WhatsApp yang dikirimkan kepada isterinya pukul 11 malam.

Berang dengan tindakan lelaki itu, Caprice memberi tempoh 24 jam kepada individu dikenali sebagai Najib untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan lanjut diambil.

“Pertama sekali, Malaysia, saya tak kisah jika anda mahu membenci saya, maksudnya bencikan saya. Tetapi apabila anda mula kacau isteri saya atau anak saya atau menghubungi isteri saya pada malam hari atau Whatsapp isteri saya, itu tandanya anda telah melampaui batas antara kehidupan peribadi saya,” katanya.

Sementara itu, Caprice berkata, dia terpaksa mengambil tindakan kerana bimbangkan keselamatan isteri dan anaknya apatah lagi individu itu terus menghantar mesej meskipun sudah diberi amaran.

“Kenapa? Sebab kita akan mula fikir tentang keselamatan isteri dan anak saya. Jadi, awak mempunyai masa selama 24 jam untuk cari saya dan minta maaf depan-depan.

“Kali pertama awak text isteri saya, kita fikir, okay mamat ni mungkin gila jadi kami berikan dia amaran dengan harapan tidak kacau isteri saya lagi. Tetapi, hari ini (semalam) dia text isteri saya. Guys, jangan main gila terutamanya tentang keluarga,” katanya.

Caprice selamat mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis Hussni yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu pada 15 November tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast