Khairy Jamaluddin Abu Bakar houseman house officer death Penang Hospital UKSB donation Rembau UMNO VLN foreign Visa System Ahmad Zahid Hamidi
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah dilantik sebagai seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.

Khairy dilantik bersama-sama calon yang mewakili empat negara lain iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat.

Video pengumuman itu telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan itu kepada media tempatan, malam tadi.

Sementara itu Penasihat kepada Menteri Kesihatan Dimishtra Sittampalam dalam ciapannya mengesahkan pelantikan Khairy.

“Khairy akan mewakili wilayah Pasifik Barat yang terdiri daripada 37 buah negara dan mewakili satu perempat daripada populasi dunia,” katanya. – MalaysiaGazette