Jabatan Meteorologi Malaysia (METMALAYSIA) memaklumkan peralihan Monsun Barat Daya yang bermula Sabtu lalu sehingga pertengahan September ini boleh mengakibatkan hujan lebat serta angin kencang dan petir.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Met Malaysia, Lim Ze Hui berkata, ini kerana angin akan bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera stabil.